10 April 2012

Johan Dorm Tercantik SMTA...Bangga weii..haha
Dorm C1 di bawah jagaan Cikgu Nizom...dorm paling baik dlm Smta...paling jambu semua..Ketua dorm paling rempang..hahaha...rindu sungguh kat hang pa semua..Dah bertahun tak berjumpa.Tak pa semoga masing-masing dapat menempuh perjalanan hidup masing-masing dengan jayanya.Insyaallah.Nanti ada kesempatan jumpa lain la dengan anak bini...hahaha
Cuti-cuti di Genting Highland Form6

Form 6...Satu zaman yang membentuk kita ke arah kematangan sebagai seorang pelajar yang akan menempuh peringkat yang seterusnya.Tingkatan 6 memang terbaik!...SMK ARAU Kelas Perniagaan memang Mantop!...hehehe

~Kenangan Indah Menjadi Pelajar Vokasional di SMTA~

2007-2008..Perjalanan aku di sana tidak aku lupakan.Kenangan yang indah bergelar sebagai warga pelajar di Sekolah Menengah Teknik Arau.Aku berbangga menjadi warga kelas Kursus Elektrik aliran Vokasional.Terima kasih kepada Cikgu Azlan & Cikgu Azalee kerana mendidik saya selama ini.Walaupun perlbagai cemuhan yang dilemparkan masyarakat kepada para pelajar yang mengikuti aliran vokasional,tetapi bagi aku sama saja.Di mana kita belajar pun yang penting usaha.Insyaallah kalau kita ikhlas dalam menuntut ilmu pasti ada ganjaran yang akan menanti.Selamat berjaya kepada adik-adik yang belajar di Sekolah Menengah Vokasional.Jangan malu menjadi warga Vokasional kerana bidang teknikal pada zaman sekarang cukup bernilai.Genggamlah cita-cita anda semua.Chaiyok Sekolah Menengah Vokasional Arau!

~CourseMate Tersayang~

Perghhh...inilah wajah-wajah gila-gila Remaja classmate aku.Semua relex-relex suka hati je.Seronok la tu...hua,hua..Alway's make happiness in our life...:)

Projek Creative Thinking Sinematografi 2011-2012

Muka-muka penat tapi gembira sebab dah habis...Horeyyy!!!
Fuhhhh...setelah laluan berliku berjaya ditempuhi akhirnya sempurna juga persembahan kami semua untuk persembahan projek Creative Thinking di bawah kelolaan Dr Afifah & Pak Indra Utama.Persembahan Alien bersama Dr Nikotin cukup terbaik.Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar.Kawan-kawan semua korang semua memang terbaik lah bermula dari peringkat awal proposal hingga peringkat akhir.Penyatuan kita semua akhirnya berjaya juga misi ini dijalankan.Kita semua satu keluarga.Krew-krew Sinematografi 2011-2012 memang terbaik!

Storyboard Untuk Iklan KFC

Assignment pertama aku utk subject Stroyboard@Iklan KFC
Inilah assignment yg aku tunggu-tunggu selama ini,time for drawing!!..Yes...akhirnya subjcet stroyboard memberi aku inspirasi untuk meluahkan isi tersurat...hehe..siap juga storyboard aku.Berbaloi aku tak tidur lewat berhari-hari nk buat storyboard ni punya pasal...seni itu indah..hargai seni di sekeliling anda...hua,hua,hua

Utara Vs Pantai Timur

(Aris@Perlis)(Arsyad@Kelantan),(Faiz@Kedah)
Universiti boleh menyatu-padukan semua tak kira la walaupun berbeza fahaman apa-apa pun terutama dalam bidang sukan macam bola sepak.Aku dan dua orang lagi sahabatku iaitu Muhammad Arsyad,penyokong setia Red Warrior's Kelantan & Mohd Faiz,penyokong tegar Sang Kenari serta aku sendiri SELAMANYA penyokong PERLIS SINGA UTARA!!!....AuuuMMMMM!!!

Balik Kampung..Syoknya!!!

Tu diaa..semua pakat tak sabar nak balik
Unimasku gemilang....lalalala
Last pose before fly with Air Asia...Hahaha
16 Januari 2012.Masa yang aku ditunggu-tunggu para pelajar terutama rakan-rakan kelasku.Ya la hari terakhir untuk sesi semester pertama kami semua di Unimas.Semua nak balik ke kampung halaman masing-masing termasuk la aku,hahaha...Chaiyookk Geng Sinema,We all the best!!!...Jom Fly bersama Air Asia..

Mingggu Pertama Bergelar Warga Kampus

Dalam De'Tar.Prasarana yang cukup moden & canggih
Mengelilingi Tasik Unimas di waktu pagi untuk menuju ke DeTar
Hari Pertama di Unimas.Suasana semasa pendaftaran Kolej Cempaka





Masih belum terlambat untuk aku kongsikan pengalamanku bergelar sebagai seorang pelajar di universiti.Detik menghitung hari akhirnya telah sampai ke kemuncak.Setelah sekian lama berada di zaman persekolahan akhirnya pada bulan September tahun 2011 aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Ipta.Berbaloi pengorbananku menjadi pelajar tingkatan 6 di Smk Arau.Terima kasih kepada para guru yang telah mendidik aku selama ini sehingga aku berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.Alhamdullillah kerana aku diberi peluang untuk sampai ke tahap ini.Minggu pertama di Unimas telah mengajar aku untuk mengenali mengenai dunia realiti yang berlaku di zaman universiti.Semua ini mengajar aku untuk mengenal dunia sebenar yang perlu ditempuhi sebelum menjadi insan yang berjaya.